Labels

Friday 18 April 2014

39w Of Pregnancy! Apa Rasanya?

Assalamualaikum w.b.t..

Sebenarnya on 21 haribulan ni baru cukup 39 minggu bawak baby dalam perut ni..hihi.  dah 39 minggu dah..lagi 1 minggu untuk ke due date. Tapi setakat ni tiada tanda-tanda nak melahirkan pun lagi. Jujurnya kite dah ready dah nk beranak tapi budak comel dalam ni tak ready lagi kot ye..haha.

Persediaan nak bersalin? ikot firasat dah complete semua barang-barang untuk melahirkan anak sulung kite ni. hope so la (-___-'). bahan pembacaan dh banyak kite cari. almost google aje.. tak lupe juge tanya pengalaman-pengalaman orang yang dah pernah bersalin. antara tanda nak bersalin yang paling biasa adalah :

1. pecah ketuban.
Yang ni kite kompius betul sebab tak tahu nak beza cane air ketuban dengan air kencing.. kata nurse(yang dah beranak sorang) air ketuban kaler agak kecoklatan dan bau hanyir. tapi bila tanya orang-orang yang dah pernah beranak dan google, dorang cakap air ketuban putih aje dan tak berbau. yang mana satu la agaknye. air ketuban jugak keluar tanpa ada rasa nak kencing. So setakat ini kite memang kerap kencing dan sekali kencing, memang banyak air yang keluar. setiap kali ok.. sejak masuk 38 minggu ni. Tapi baby tetap aktif setakat ni. jadi tak la bimbang sangat walaupun ada bimbnag sket. cane tu?? yang ni memang sangat kompius.

2.keluar lendir + darah
Tanda kedua ni masih tak ada langsung.

3. Sakit pinggang, lenguh kaki, kerap kencing, kerap buang air besar dan kentut!
Yang ni semua dah rasa.. Cuma tanda yang sebesar tanda je tak ada lagi. ke mama yang tak pandai menafsir perubahan diri mama ni baby?? sobbss T__T.

Walau cane pun tiap-tiap hari kite doa supaya baby keluar cepat jangan sampai overdue..tak sabar nak tengok muka anak sendiri, bimbang juga baby berlama-lama dalam perut,takot kena induce sebenarnya..hehe. tapi perancangan Allah itu juga yang terbaik..Tawakal.

No comments: