Labels

Friday 18 April 2014

39w Of Pregnancy! Apa Rasanya?

Assalamualaikum w.b.t..

Sebenarnya on 21 haribulan ni baru cukup 39 minggu bawak baby dalam perut ni..hihi.  dah 39 minggu dah..lagi 1 minggu untuk ke due date. Tapi setakat ni tiada tanda-tanda nak melahirkan pun lagi. Jujurnya kite dah ready dah nk beranak tapi budak comel dalam ni tak ready lagi kot ye..haha.

Persediaan nak bersalin? ikot firasat dah complete semua barang-barang untuk melahirkan anak sulung kite ni. hope so la (-___-'). bahan pembacaan dh banyak kite cari. almost google aje.. tak lupe juge tanya pengalaman-pengalaman orang yang dah pernah bersalin. antara tanda nak bersalin yang paling biasa adalah :

1. pecah ketuban.
Yang ni kite kompius betul sebab tak tahu nak beza cane air ketuban dengan air kencing.. kata nurse(yang dah beranak sorang) air ketuban kaler agak kecoklatan dan bau hanyir. tapi bila tanya orang-orang yang dah pernah beranak dan google, dorang cakap air ketuban putih aje dan tak berbau. yang mana satu la agaknye. air ketuban jugak keluar tanpa ada rasa nak kencing. So setakat ini kite memang kerap kencing dan sekali kencing, memang banyak air yang keluar. setiap kali ok.. sejak masuk 38 minggu ni. Tapi baby tetap aktif setakat ni. jadi tak la bimbang sangat walaupun ada bimbnag sket. cane tu?? yang ni memang sangat kompius.

2.keluar lendir + darah
Tanda kedua ni masih tak ada langsung.

3. Sakit pinggang, lenguh kaki, kerap kencing, kerap buang air besar dan kentut!
Yang ni semua dah rasa.. Cuma tanda yang sebesar tanda je tak ada lagi. ke mama yang tak pandai menafsir perubahan diri mama ni baby?? sobbss T__T.

Walau cane pun tiap-tiap hari kite doa supaya baby keluar cepat jangan sampai overdue..tak sabar nak tengok muka anak sendiri, bimbang juga baby berlama-lama dalam perut,takot kena induce sebenarnya..hehe. tapi perancangan Allah itu juga yang terbaik..Tawakal.

Monday 16 December 2013

Checkup 20w pregnancy!



Sejak dua menjak ni dah ramai yang menegur muka dah tembam, dah berisi, muka Nampak labor..huwaaa!! mula-mula anggap biasa je.. then bile snap pic MMS kat suami, pun dibilang muka Nampak berisi. Ok, apakah maksudnya? Semua perkara ni ku telan sahaja dan anggap itu adalah petanda kehidupanku yang back to normal tanpa alahan. Yeay! Makan dah x muntah2 dah. Makan, makan, makan. Tapi rasenye tak adalah banyak mane pun makan. Sehari 4 x je kot makan. Kadang2 5x. bile husband balik baru le pegi makan best2 kat luar. Ok, ku simpan sahaja kenaikan badanku ini bersama tumbesaran baby dalam perut comel ni. Hehehe.

Pastu, semalam ada appointment di KD checkup 20w pregnancy. Malam sebelum t u dah rasa takut2 nak tengok kenaikan berat badan. Instinct kot. Jadinya bile sampai giliran kite, memang ada sesuatu lah. Berat badan naik 3kg dalam masa sebulan oiiiit! Sampai 2x nurse suruh naik penimbang tu. Last checkup 45kg Cuma.  Haiyoo.. yang lain sume normal. So disuruh la mommy ni pegi minum air gula minggu depan untuk check samada terkena kencing manis atau tidok. Termenung seketika. Memang tak bajet lah saya akan terkena jua. Ingatkan takkan sesekali. Selama ni asyik kesiankan orang sebab kena minum air gula yang khabarnye tak sedap tu. Huhu.. and finally I yang kena kesiankan diri sendiri pulak.  Nurse nasihatkan jaga pemakanan, makan kena control jangan terlampau ikot rasa. Erkk! Dah hari ni kena start diet sihat. Harap-harap tiada perkara buruk akan berlaku. Amin. 

Pastu cek perut, nurse Tanya baby dah bergerak belum. Dengan gembiranya kite bagitau dah kak! Wah3.. dan dengan lajunye jugak nurse cakap ok, kalu camtu kena la cucuk kancing gigi. What?? Adoiii, kite ni dah la takot jarum. Maka selamatlah kite dicucuk di bahu kiri semalam. Kesannya akan terasa selama 2,3 hari. Dan yes, hari ni tangan kite sakit and lenguh.. huk2. Cucuk kancing gigi ni penting untuk elak jangkitan kuman terhadap ibu mengandung sekiranya mengalami luka/pendarahan. Kalau bahasa medicalnya dipanggil suntikan anti tetanus (ATT) boleh google ye.hehe.

Tak habis di situ, dalam pukul 3 petang, nurse KD tu call.. katanya lepas consult dengan doc, keputusannya tekanan darah kite naik daripada biasa. 120/80. Biasa dalam 110/70 camtu. Satu lagi hal yang datang menambahkan runsing pikiran. Nurse arahkan kite pegi cek tekanan darah setiap hari isnin dan rabu. Oh no, ku tak rela nak berulang macam tu..huwaaa!!! tapi demi keselamatan baby mama ni terpaksa mama tempuhi jugak walau apa pun pergolakan dalaman di jiwa ni. Kih3. Kunun. 

Now, kite kena study betol2 pasal pemakanan ibu mengandung, kena tau jaga kesihatan supaya anak mama ni tak kena effect buruk daripada gaya hidup dan pemakanan mamanya. Mama papa love you baby. Semua ni dugaan buat mama untuk tabah besarkan baby. Semoga banyak hikmah yang Allah berikan kat kite nanti. Amin ya Rabbal Alamin.