Labels

Monday 22 July 2013

Day 3 : We @ Langkawi

Salam
Entah lah kenapa hati hamba tidak keruan..Tapi keruan ke tak, nak jugak abadikan kenangan percutian di langkawi hari ke3 or senang citer hari last nih. Nanti datang angin nyanyuk rugi pulaks kan.

Aktiviti Last day kitorang kat Langkawi adalah shopping! Pepagi lepas breakfast free kat hotel.suami pancing2 jugak aktiviti island hopping dekat Pekan Rabu. Area kuah jugak. Saje test. Dalam hati saya dah memang tawar hati berharap nak pegi island hopping ni sebabnya keadaan cuaca yang nampak tak mengizinkan.Hujan gerimis2 macam tu la. Dekat pekan rabu ni ad kaunter2 yang menawarkan khidmat pelancongan dan aktiviti yang terdapat kat seluruh Langkawi. Tapi satu kali Perghhh!! Dia letak harga RM40.00 sorang untuk island hopping nie. Padahal kitorang dapat tau harga standard adalah from RM25-30 sahaja. Maybe Rm30 tu kire mahal dah kot. So kitorang keluar dari kompleks Pekan Rabu tu and terus gelak.hahaha~kite tak tertipu la abang bottt.

HAJI ISMAIL GROUP (HIG)
Mula2 kitorang cuba cari kedai Idaman Suri untuk compare harga dengan HIG ni sebab last nite dah pergi survey2 barang dekat HIG. Rupenyer Idaman Suri tak la jauh sangat dari HIG tapi nya tutup lah pulak kedai itu. Maybe sebab hari Jumaat, Kedai tu buka lepas Solat jumaat ke cane tak pasti la. Lepas tu terus straight pegi HIG yang besar tu. Kompleks HIG. Memang besar la weh, nama pun kompleks 2 tingkat. Tapi kitorang tak ronda pun kat tingkat atas tu. Fokus membeli cenderahati nak di bawa balik + beli coklat yang orang kirim. Kitorang habiskan Rm501++ di HIG untuk coklat, 2 buah pemanggang ajaib brand HIG dan beg. Ehh orang pakat beli semua tu kat HIG tau so kami pun nak la jugak. hehe. HIG ni memang banyak pilihan barang2 dan coklat. lagipun coklatnya halal bak kate husband saya. Rembat whittakers cornflake and yoggurts, daim, ritter sport, hershe's kisses, cadburry malaysia. Sebenarnya saya dan suami bukanlah peminat tegar coklat. jadi tak ada la nak beli ikot nafsu sangat. hak3. Harga coklat2 ni bleh tahan murah la nak banding tempat lain. 

NUSANTARA MAJU
Haa tempat ni wajib singgah. Hee..tempat berhimpun segala minyak2.. Ni antara kedai Minyak gamat yang fofular dan terbesar kot kat Langkawi ni. Siap ada tempat parking. Bagus! Masa kitorang pegi tu ada  sebuah bas rombongan cik kiah. Agak ramai la time tu. Beli minyak gamat satu ikat ada 10 botol kecik RM10.00.

LUNCH 
Untuk lastday ni hajatnya nak la makan dekat kedai gulai panas. Sebab disyorkan oleh kawan suami. Tapi tak kena hari maybe, tutup jugakkkk..Frust. Lepas tu decide pegi lunch kat Jom Ikan Bakar lagi sekali sebab banyak pilihan. Lagipun rasa memang best.
Ikan cencaru bakar + air asam
Keli berlada
Nasi putih + sayur 2
Air 2
Total : RM 17.00

Mahal seringgit daripada lunch pertama kitorang. Pening jugak fikir cane la cara pengiraan tu ye sebab rasanya yang 1st kitorang makan tu lagi banyak lauk kot. Belasah aje lah. -_________-'
Oh ye, tepi Jom ikan bakar ada jual coconut shake tapi mahal tak hengat------RM3.50 satu. Rasa pun so-so aje. Payah nak cari kelapa kot di sana.Ngee.

ORIENTAL VILLAGE + CABLE CAR
Sebenarnya destinasi ni yang last sekali kitorang jejak selepas settle check in luggage kat airport. settle awal2 supaya tak kelam kabut. Hambik kaw oleh kerana tak buat online, kitorang kena bayar RM75.00 untuk luggage seberat 15kg. Kalau booking online, RM25.00 aje. Melayang duit. Yang ni laa yang paling3 frust.hak3. redhakan aje la untuk dijadikan pengajaran. Bagi menghiburkan beg duit kami, maka kami pun tekad ke oriental village sebab asalnya terlupa nak beli FM, so situ ada banyak kedai jual cenderahati katenye suami. Saya cuak jugak sebab kena melalui jalan ular dipalu. Pastu rasa macam jauh je takut tak sempat. Jam masa tu pukul 3.15pm flight pulak 4.35pm. Tawakal aje lah. Sampai2 je.. Wow Subhanallah...lawa aman damai sungguh di sana. dengan kabus di lereng2 bukit memang terasa rugi sangat tak habiskan masa di sini semalam. Sekejap aje kitorang duk situ.Lepas beli apa yang di nak kan tu terus bergerak ke airport balik.


Tiba di airport, serahkan kereta sewa dengan minyak ada lagi 2 bar. Untung lee..haha. sume deposit2 dapat balik. Sekarang cuma tunggu masa untuk fly aje. Tapi kan, oleh kerana banyak aktiviti dekat langkawi kami tak dapat nak buat, suami istiharkan bahawa kitorang akan datang balik Langkawi tahun ni jugak. Tenang sangat katanya duk Langkawi nih bersama wifey nya.hihihi.Sekarang pun tengah jenguk2 tiket murah. kalau ada rezeki,InsyaAllah jejak lagi ke mari. yeay!
Jumpa lagi Good Boy! hehehe

No comments: