Labels

Monday 8 July 2013

Day 1 : We @ langkawi !

Okey, sampai je kat terminal kan, kitorang ambik peta free kat kaunter pusat penerangan pelancongan before pintu keluar terminal tu. xdela makan 'buah langsat' nanti.

KERETA SEWA
Untuk menyenangkan percutian kitorang, kami sewa kereta viva dengan harga RM50 sehari.hehehe..murah tak? murah tak? Then hubby terus call mamat kereta untuk ambik kereta sewa yang telah pun di booking awal 3 minggu. We are lucky yo,got viva manual with superb good condition! sport rim gitu, aircond plak memang sejuk. saya suka, saya suka.haha, padahal viva jek pn.cukup la bleh saving di situ. Minyak pun semput2 dah time kitorang ambik tu. So, bergerak la kitorang ke petronas, mujur lah dekat aje ngan airport. Totally expenses for car :

deposit              : RM50.00
rental for 2days  : RM100.00
Minyak              : RM35(time pulangkan balik ada lagi 2 bar~rugi3)

LUNCH
Disebabkan cek in hotel adalah pada pukul 2.00 petang, kami pun makan la dulu dekat kedai pemes di langkawi ni. Kedai JOM IKAN BAKAR yang berdekatan jugak dengan airport tu. Lunch menu kitorang adalah seperti berikut :

nasi putih 2 pinggan + sayur
sekeping pari bakar + keli bakar + air asam
sup kaki ayam peberet incek suami
air tea & sirap
total : RM16.00

Berbaloi tak?rase dah ok dah kot harga tu..standard.

HOTEL
Pukul 1.00pm ni kitorang dah tak sabar nak tengok bilik pulak. Hotel pilihan adalah Bella vista Resorts & Spa. patut masuk pukul 2.00 tapi bodek2 si garfield staff hotel tu, dapat la masuk pukul 1.00pm. before tu kena bayar jugak deposit RM100 walaupun kite dah book bilik skali ngan flight aritu. 
~bilik just nice, bersih, aircond ok, bilik air selesa cuma tang pintu,2nd lock je dah rosak.
done for hotel!

PANTAI CENANG.LAKSA POWER.CENDOL.LANGKAWI SHOPPING CENTRE
Aktiviti pertama kitorang pada petang2 hari adalah ronda2 kat pantai cenang.tapi kan saya ngantok giler masa tu sampaikan tertido dalam kereta.hahaha.ampun incek suami.memang tak boleh nak buka mata dah.Mujur la husband i memahami..dia suruh tido kejap.Cuaca pulak tak ok siap ujan manje2 lagi haa. xdapek la nak bersiar2 kat pantai tu. Kemudian husband rasuah i ajak g makan. Terus segar mate! kih3.
Laksa power+cendol dekat area padang matsirat~dekat la ngan airport. Laksa dia mak oiii memang besar giler! tak pernah pulak aku tengok laksa cenggitu. biasa kat terengganu laksa putih dia lembut and takdela kasar sangat. tapi yang ni memang pelik je tengok. Anyway, laksa dia memang sedap.cuma cendol aje kurang sikit. manis sangat la bagi saya..Request pulak char kuey teow tapi..............."bang, tunggu jap noo, minyak tak dak!" kata adek char kuey teow itu.lahai..! kensel. usai makan, kitorang jalan2 bandar kuah.. g kat langkawi parade and plaza langkawi~yang ni lagi menyeramkan. Sunyi betoi. tak banyak pun peniaga dalam tu. last2 g langkawi parade beli tiket midnight movie Man Of Steel.

Laksa power 2
cendol 2
Total : RM10.00
Movie : RM 14.00 for 2person(rabu tiket murah) 


DINNER + MIDNINGT MOVIE
Malam lepas solat isyak, husband kemaruk nak makan dekat EE burger. Katenye murah and dekat aje ngan hotel bella vista tu. Pusing punya pusing harem tak jumpa jugak. Mujur la hubby ada kawan kat langkawi tu, mesej tanya dan kebetulan kwn hubby pun baru je selesai makan kat situ. Kitorang order Chicken grill + pasta blackpaper + air dua = Rm----.hee..kawan suami belanja.tapi yang chicken grill tu RM9.00 je.Memang murah lah.highly recommended! Jam 11.00 malam kitorang langsung ke langkawi parade tengok movie.hak3..cane tu g langkawi tengok wayang aje??? berbaloi la sebab kami ni bukan senang nak abiskan masa bersama. PJJ katekan T___T. Wayang abis jam 1.30 pagi. Rabak mate i.

*Maka selamat lah percutian kami pada hari pertama di langkawi. Next entry hari lain lah pulak. Dah macam esei form 6 dah*okey bai.

No comments: