Labels

Wednesday 8 May 2013

Saya Isteri Dia.




Bismillahhirrahmanirrahim…

Ya Allah, berkatilah lisanku,akalku,niatku,tingkahku.. semoga aku menjadi kebanggaan dalam Agamaku,buat suamiku,buat ibu bapaku…

130413
Walimahku! Dengan sekali lafaz diriku dijodohkan menjadi milik sang suami sepenuhnya..Alhamdulillah Ya Allah.. Kau rahmati majlis kami dengan cuaca yang tidak membahang. walau teratakku usang, namun masih ada sinar kegembiraan disitu. Aku bersyukur Ya Allah.. Saat dilafazkan akad, hatiku terasa sebak.. Sukar untuk digambarkan. terima kasih emak. terima kasih ayah. terima kasih semua. GanjaranNya sentiasa bersama, menjadi bekal di akhirat. Cabaran dan dugaan meniti pernikahan yang bagai tak tertanggung sebelumnya menjadi kian terubat. Benarlah, pernikahan membawa kepada kekuatan hati. Bahkan aku mampu meninggalkan dia dengan penuh hemah. Cukup dengan penerimaan. Keikhlasan tidak dapat ku jangkaukan. Biarlah ia terpahat sendiri di dalam hatinya. Tiada yang dapat kupanjangkan lagi..syurgaku di bawah telapak kaki suamiku,aku harus taat kepada setiap kata-katanya yang selari dengan tuntutan Islam addin. Kenangan perlu kusimpan rapi.  Aku sangat mengharapkan redhamu Ya Rabb Ya Rahman. Aku mendambakan redha suamiku dalam urusanku jua.. Semoga aku menjadi sebahagian syurganya di dunia ini.  Kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah buat kami.. Kurniakanlah zuriat yang soleh penyejuk hati kami di dunia jua di akhirat nanti. Berikanlah kami petunjuk supaya sentiasa mendekatiMu Ya Allah.

Proses mengenali sang suami dengan ukuran jarak dan waktu. usia perkenalan 4 tahun belum mampu membongkarkan siapa sang suamiku,imam pendamai hatiku yang sebenarnya. Teruja si isteri ingin mengetahui selera sang suami, sifat kasih, tegas, rajuk dan pujuk, kurang dan lebih, indahnya pernikahan belum terselongkar sepenuhnya kerana batas yang ada. Usia penikahan pada hari ke-9, kami berpisah atas tuntutan mencari rezeki. 9 hari bersama kekok aku menjalankan tugas sebagai isteri. Merasakan semaksima mungkin tahap malu mengadap sang suami. perlahan aku belajar mengerti soal tanggungjawab,sempadan dan ketaatan. Komitmen yang semakin luas,semoga mendekatkan aku dengan keredhaanNya..In Shaa Allah.

No comments: