Labels

Tuesday 2 July 2013

Cuti-cuti Langkawi

Percutian 3D2N with mr. Husband akhirnya jadi kenyataan.heheh..Sangat bernasib baik kerana masalah di tempat kerja suami dapat diselesaikan sebelum tarikh percutian kami. Saya pun dapat cuti dengan jayanya. siap extra leave lagi sebab badan x sihat lepas bercuti. ni pun masih lagi terasa demam. Saat percutian itu memang sangat meninggalkan kenangan yang warna-warni kepada kami berdua.kui3.macam-macam yang jadi.memang dugaan betoii. Ni menulis untuk kenangan diri sendiri. Nak coretkan sedetail mungkin ni~hihi.
Memang le sangat panjang al-kisahnye..tapi xpe, i nak buat secara berperingkat.TEkun.

Bermula selasa malam 25.06.13, saya naik bas nk ke shah alam. Tiket jam 10.00 mlm ok. tunggu punya tunggu, jam 10.30 malam, bas tak sampai2 jugek. Cuak dah perut i.haha. Call suami, dia pn dah cuak. call kaunter tiket bas, tak pulak ada orang nak angkat. uwaa..mmg muka dah kelat semacam dah. at last, kul 11 baru nampak rupa bas MUTIARA itu.huh..sempat sound pakcik bas *ingatkan dok sapa doh* sambil sengih cover sakit hati.Pakcik tu cakap *sampai..lewat je siket.*hak3. Dalam bas pulak, duk tahan pening mabuk macam selalu. Apela naseb..suami pulak bimbang takot saya terlepas terminal, bangun seawal 4.00 pagi. Sayang bini katekan.. <3

Sampai shah alam, terlihat suami dari tingkap bas. Alhamdulillah..turun pun suami tunggu depan pintu bas.haha.lepas tu tunggu maksdare belah suami datang ambik, pergi rumah dia dekat kota kemuning, rehat jap jumpa leman ngn bella si kucing.kih3.pastu dalam pukul 8, kitorang gerak ke LCCT subang. mak oii jauh giler.Sempat lalu melintasi litar sepang. Mak sdare turunkan kami betol2 depan pintu masuk.hik3. tengggkiu cuda. then, perot mintak di isi, kami menghala dulu ke marrybrown. Order 1 set nasi lemak aje coz perut saya memang tak selera sangat time tu.

Ok, dah kenyang. Lepas tu terkial2 xtau pulak procedure nak naik flight ni cane.kah3. Suami pun pening maklum le dua2 pun 1st time nak terbang. tanya2 orang pastu selamat la kami menaiki pesawat Air Asia Ak6306.pergh..ingat seh! haha. Yang tak syoknye tak dapat duduk sekali ngan suami T_T. tapi takpo la, dapat duduk tepi tingkap pun dah okey. Dapat jugak diriku ini tengok view atas awan.hehehe..Perasaan1st time naik kapalterbang? Ok la, macam naik bas jgk. Cumanya xtahan tunggu lamanya nak boleh terbang..time naik 2 ada jugak gayat sikit mcm naik lif.haha. gegar2 sikit masa langgar awan, pilot buat aksi senget2kan kapal tu kira boleh diterima akal lagi. lagi ok kot dari naik bas.Seat pulak ok la suam2..kecik muat2 badan saya je pun. Rasa sardin la jugak.heeee.And around 12.30 pm kami selamat mendarat di terminal Langkwi..phew..Tahniah Pilot! Xde makna nya nak snap gambar kerana perbuatan itu dilarang oleh krew kapal. Pak arab sudah selamat menjadi mangsa larangan tersebut. Rugi betik xde kenangan di situ plus kami memang xpegang kamera. Phone pn off ok. Skema kan kami.kih3.

Bersambung..........

No comments: