Labels

Sunday 1 September 2013

Asslamualaikum w.b.t..

Scedule post??? hehehehe..ampun3, malas sgt nak menulis ni haa.
Sangat banyak kisah hidup yang tertunggak untuk diabadikan di sini. Memori yang mungkin akan jadi indah bila dibaca semula. Jadi hari ini akan aku gigihkan juga untuk mencoret sedikit sebanyak tarikh penting yang perlu diingat pada hari tua nanti walaupun dalam keadaan pening2 lalat lg ni..hihihi.

Kisah Syawal pertama kami.
Tahun ni raya pertama rumah aku.Syawal pertama jadi isteri,selesai solat subuh, sesi bermaafan bermula antara suami dan isteri. aku ni bukan lah seorang yang hebat susun ayat untuk mintak maap kat suami. Bersalam dan ucapkan maaf sahaja sudah cukup untuk buat airmataku terbit kerana aku tahu ada saje dosaku setiap hari pada suamiku. Suami senyum dan mencium dahi isterinya ini..agak lama sesi bermaafan kami pagi itu, payah benar airmata nak kering.hik3.
Tahun ni juga dapat la bagi duit raya kat mak ayah dan bebudak..Alhamdulillah. selesai bersalam dengan ahli keluarga, kami bergerak ke rumah keluarga suami pulak. Tapi diorang dah start beraya rumah saudara-mara, jadi kami terus sahaja join & singgah ke rumah bapa saudara. untung saje sebab majoriti family mak & ayah mertua ni dekat2, sekampung je. Sempat beraya 5 buah rumah saudara-mara belah suami, lepas tu terus balik semula untuk beraya rumah saudara-mara belah aku.
Malamnye balik rumah mertua sebab raya ke-2 biasanya buat rumah terbuka. kami sampai agak lewat sebab perlu hantar bapa saudara aku ke rumah arwah tok. sampai aje terus masuk dapur tolong ape yang patut. memang meriah sangat rumah mertua ni raya ke-2. tak menang tangan nak top up makanan wajib, lontong & soto. Permintaan tinggi tiap tahun. hehehehe. Kalau tahun2 sebelum ni cume pergi makan je, tahun ni barulah aku rase jadi tuan rumah.. penat oiiii...tapi sangat puas hati dapat jugak hulurkan tenaga kerja. Ramai yang berkunjung sampai ke malam. Yang sesi malam tu cuma hidang air and biskut raya aje sebab makanan utama dah licin.hik3.
Raya ke-6, suami dah kena pergi Shah Alam..Esok masing2 dah kerja.


D>R>E>A>M
Usia perkahwinan kami dah masuk 5 bulan dan kami memang giat berusaha untuk dapatkan anak. Time raya ke-2, kakak ipar kesayangan bagi la petua-petua untuk tingkatkan kesuburan..hehehe. Dia cadangkan makan taugeh, minum air buah zuriat, dan makan asid folik. Aku ni dah memang bab2 macam ni tak tahu sangat. zero. tak tahu pulak asid folik perlu ambik 3 bulan sebelum kawen kn. hahaha. So, lepas tu baru la suami buat keputusan nak beli buah zuriat and PRAMILET untuk bini dia ni.. Lagipun sejak kebelakangan bini dia ni asyik tak sihat je. Tak sihat means tak adelah sampai tak boleh bangun tapi badan sangat tak bermaya. Pening dan demam datang tak tentu lah. So, pada 24.08.13 sekali lagi suami balik. Sebenarnya balik untuk pergi kebun durian pakcik dekat Jerteh. Masa tu lah suami bawa balik buah zuriat 3 biji yang dibeli dekat Shah Alam. Pramilet pulak beli di farmasi sini aje. Tapi..tapi.. malam sebelum pergi Jerteh tu kepala aku ni pening sangat.. Demam pun tibe2 je datang. Patutnye aku perlu bermalam kat rumah mertua time tu tapi betol tak larat nak pergi..4.++ pagi bila suami sampai, bini dia ni gigihkan diri pergi ambik kat bus stop. tak jauh pun dari rumah. sampai kat rumah, demam balik. Suami ape lagi, hulur panadol suruh telan. huk3.. tapi sebab panadol tu pahit sangat, tekak xleh terima, muntahkan balik. Suami pun gantikan panadol tu dengan Actifast, baru bleh telan then tido. Mujurnye demam tak melarat, dapat la ikut pergi kebun durian..hoorey!

Okey, nak bercerita pasal UPT pulak. Oleh sebab macam ada simptom2 pregnant macam pening2 demam, sakit breast, period lewat, ada tanda2 nak period tapi tak juga datang.Walaupun simptom pregnant tak ketara sangat, sepakat juga nak buat UPT. Kak ipar dah pesan awal2 get ready kalau result bukan macam yang diharapkan, tawakal sahaja. Sampai termimpi2 pulak aku ngan suami pasal buat UPT.Kronik.hihi.Pagi isnin, bangun solat subuh, aku beranikan jugak diri buat UPT. Tapi kan, aku guna urin yang dah kali ke-3 kot untuk pagi tu..Kerap sangat terbangun untuk ke tandas tapi tak buat pulak UPT.hak3..hentam aje lah. yang result UPT ni pun aku konfius. xreti la pulak nak baca. hadoi..kat kit tu ada double line tapi satu line kabur aje. then aku ambik gambar untuk tunjuk kat kak ipar. Haa, time dia ucap congrats kat aku tu lah yang aku naik gigil satu badan..pastu airmata pun sibuk nak keluar jugak.hahaha. excited sangat. Line kabur maybe sebab awal kehamilan. Ya Allah.. Alhamdulillah.. Di saat kami baru berusaha mendapatkan zuriat melalui supplement, rupanya Allah telah pun kurniakan zuriat itu untuk kami. Ya Allah...peliharakanlah rezekiMu ini dalam rahimku sehingga sampai waktunya. Masih lagi tak pergi buat confirmation dekat klinik. Jadi pelbagai kemungkinan  akan ada. Kak ipar cadangkan buat UPT lagi sekali, kalau positive, tunggu tiga bulan lepas tu baru pergi klinik sekali buat buku merah. Aku sebagai 1st timer memang ikut aje. Semoga itu yang terbaik. Amin...
Ni la rupa result nye~ Alhamdulillah :)

No comments: