Labels

Sunday 8 December 2013

Duhai Disember

Assalamualaikum..

Hujan! Banjir! Tahun 2013 ni mungkin akan melabuhkan tirai dengan tragedi banjir besar-besaran di empat buah negeri which is terengganu, pahang, johor dan kelantan. Pergh.. dengar-dengar kat kemaman dan kuantan catat sejarah banjir paling buruk after 1971 dulu. Kakak kite pun turut terkena tempiasnya. Rumah di kemaman dinaiki air sampai paras pinggang. dengan Elektrik dan air terputus, komunikasi juga terputus. Keluarga di kuala terengganu ini dah tak senang duduk. Tapi sekarang alhamdulillah kat kampung kakak air dah surut, kakak pun dah boleh balik ke rumah. itu baru di kemaman, kat kuantan tidak lah kite tau cane keadaannya.. Semoga banjir ini cepat pulih dan keadaan kembali seperti biasa. Ramai juga yang prihatin menghulurkan bantuan dan sumbangan untuk mereka. Doakan mangsa-mangsa banjir mendapat kesabaran dan ganjaran disebalik ujian Allah ini. Amin.

Kite pulak hujan-hujan macam ni agak terganggu sikit rutin ke tempat kerja. Yelah, kite naik motor aje g kje. 5 minit je pun jarak tempat keja ngan rumah kite. Tapi kite turut menerima kesan akibat hujan ni la.. As preggy woman, nak main hujan lebih-lebih takut demam, kang si comel dalam perut mama ni pulak yang kena effectnya. So, kena la tggu hujan reda dulu baru g kje. hasilnya, bulan ni punch kad memang tak cantek punya! huhuhu.. Harapnya bos memahami..hik3.

Dan update si comel dalam perut kite ni.. Dah pandai bergerak-gerak. kadang mama dah boleh rasa awak tumbuk perut mama. hihihi. harap mama tak salah tafsiran. kena2 cuma gerakan angin mana la tau kan. sebab dah 19w ni mama masih lagi keliru yang mana satu tanda gerakan anak mama. Papa awak pun selalu tanya awak buat apa, ada tendang-tendang tak. hahaha. cian papa awak tak dapat nak rasa awak gerak. nanti bile papa balik awak tunjuk kat papa ye sayang. Mama pun dah start makan semua vit yang ada + minum anmum yang papa belikan. Ni papa tengah berkira-kira nak belikan DHA shaklee untuk kecerdasan otak awak tau baby. Papa sayang awak sangat-sangat tu.. :) Mama pulak akan cuba jaga baby sebaik mungkin, biar baby cukup khasiatnya dan sihat walafiat. Walaupun papa jauh. tapi papa cakap dia kerja kuat untuk awak dan mama.. huhu. terharu sangat. we love you papa.

No comments: